Resepi : Murtabak Maggi


Talk talk talk || NS Yoon-G ðŸŽ§



Assalamualaikum & Hi !

Sebenarnya en dah lama dah buat murtabak megi ni tapi baru harini nak tepek dekat belog sebab kemalasan yang menggunung tinggi . Hiks . Malas lah nak cerita panjang panjang -.- Jom mula! *kenyitmata*

Bahan bahan :

1.Maggi *sue guna 2 paket
2.Telur *3 biji
3.Daging cincang / ayam *taknakpuntakpe
4.Bawang merah satu ulas


Cara cara :

1. Rebus dulu Maggi tu bagi dia lembut lepastu tos dan letak di tepi ya

2. Rebus dulu daging / ayam

3. Pecahkan tiga biji telur dalam satu mangkuk besar sikit . Okay macam ni , kalau korang guna 1 paket Maggi , 2 biji telur pun dah cukup tau . Sue guna 2 paket Maggi , so Sue guna 3 biji telur

4. Kepuk dulu telur tu sikit lepastu baru masukkan bawang yang korang mayang dan daging/ayam yang korang rebus tadi tu . Lepastu masukkan dalam 2 sudu besar stok ayam/daging yang korang rebus tadi tu . Kalau korang tak guna ayam/daging , tak payah letak la stok ayam/daging . Takyah guna kiub kiub bagai tu *kenyitmata*

5.Masukkan megi yang korang rebus tadi tu dalam bekas telur dan gaul sekata . Okay ?

(masani lupa nak kepuk dulu telur ahahaha)


6. Panaskan kuali . Kalau boleh la eh guna kuali yang tak melekat tu tau *lupa apa nama dia* yang leper tu jadi senang terbentuk . Oh ya jangan lupa letak minyak sikit .

7. Masukkan Megi korang tadi dalam kuali korang . Kalau boleh jangan masukkan semua sekali sebab nanti susah masa nak balikkan dia . Kalau guna 2 paket Maggi , bahagikan kepada 3 bahagian . Kalau guna 1 paket je , bahagikan kepada dua bahagian je . Faham ?


8. Bila bahagian bawah dah agak agak garing tu , korang balikkanlah . Bila dua dua belah dah agak garing , angkatlah . Takyah duk balikkan sampai 5/6 kali . Kang hancur >.< .

9. Tunggu Murtabak megi tu sejuk sikit lepastu baru potong petak -petak . Okay ?



 

(Ihsan google)





Resepi : Kepah masak halia



Assalamualaikum & Hi !

Memandangkan harini hari Jumaat jadi Sue pun temanlah mak pergi pasar Batu Enam ni sebabnya nak beli lauk mentah sikit untuk seminggu terus . Jadi dah takyah pergi banyak kali hahaha *pemalas betul* 

Harini ternampak kepah dekat pakcik Ketam *Sebab selalu beli ketam dekat dia* suruh umi tanya pakcik tu pasal kepah , em harga dia lah hahaha . Alhamdulillah murah je , RM 6 untuk 1KG , kira okay lah tu en ? ke ada tempat yang lagi murah ? 

So ajumm mula .

Bahan bahan : 

1. Kepah 
2. Halia dalam hujung ibu jari 
3. Serai sebatang
4. Bawang merah besar sebiji
5. Bawang putih sebiji
6. Air 
7. Garam secukup rasa
8. Gula secukup rasa
9. Sos Tiram satu sudu kecil * if taknak pun takpe , tapi lagi sedap kalau letak


( in case ada yang tertanya saiz halia dan bawang putih )


Cara cara :
Mula mula basuh dulu kepah tu biar bersih sebab taknak bagi dia bau hanyir masa makan nanti . No no no ! potong selera betul . Sue basuh dengan garam kasar plus limau sikit sebab nak buang bau dia tu . 


Lepastu panaskan kuali dan letak minyak sikit . Agak agak dengan kepah korang la tau . 
Bila minyak dah panas, macam biasalah . Masukkan bawang merah besar , bawang putih , halia , sos tiram dan serai dalam kuali . Stir stir stir *huahuahua* sampai lah bawang tu kekuningan dan naik bau . Lepastu masukkan gula secukup rasa dan terus masukkan kepah dan masukkan air sikit. Sikit je tau . 


Tutup dengan penutup untuk 5 minit lepastu masukkan garam secukup rasa . Kacau kacau sikit then tutup lagi dengan tudung untuk 3 minit . Bila shell kepah tu dah terbukak luas , korang bolehlah tutup api dan hidangkan ! Yeay . 

Oh ya , kalau ada belacan lagi sedap tau . Haa kalau nak pedas , tambah la seketul dua cilipadi . 

Bye bye ! 









Banana Oat for breakfast


Heart Attack || AOA 

Assalamualaikum & Hi !

Siapa kat sini suka breakfast ? angkat tangan ! Yeay bagus bagus . Seriously kalau korang nak diet ke eh tak kesahlah nak diet ke tak , breakfast adalah satu benda wajib yang korang perlu ambil okay ? Jangan skip breakfast ! No No No ! *gerakkan jari* 

Ni Sue nak bagi kelebihan untuk orang yang ambil breakfast sikit sebelum Sue bagai resepi ajaib hiks * tutup mulut *

1. Dapat memenuhi nutrisi yang diperlukan oleh badan 

Contoh korang breakfast dengan makan cereal dengan susu atau yogurt rendah lemak ditambah pula dengan granula , badan korang akan dapat serat dan kalsium yang mencukup . Yeay 

2. Menurunkan berat badan 

Haaa see? sebab tu lah untuk orang yang jaga badan , breakfast adalah satu benda wajib yang tak boleh di skip .  Korang dinasihatkan supaya mengambil makanan yang mempunyai karbohidrat kompleks seperti oatmeal atau roti gandum murni sebabnya makanan ni akan dicerna dengan lambat  so korang akan jadi lambat lapar dan badan korang dapat menyediakan tenaga yang konstan .

3.Meningkatkan kemampuan otak 

Menurut kajian yang dilakukan , glukosa adalah satu satunya 'bahan bakar' yang diperlukan oleh otak jadi tanpa glukosa yang mencukupi korang akan rasa macam melayang layang . That's why la student digalakkan mengambil sarapan sebelum ke sekolah . Bukan student je lah senang cerita ,semua orang . Okay ?

4. Perlindungan terhadap serangan jantung 


Okay jom mulakan sesi sharing is caring kita !


Bahan bahan yang diperlukan :

-Pisang 
-Oatmeal 
-Air 




Cara caranya : 

1. Pisang tu korang potong kecik kecik supaya senang nanti nak lenyekkan . 

2. Lenyekkan pisang tu guna cawan boleh , guna sudu pun boleh , tapi guna cawanlah senang sikit . Okay ?

3. Masukkan kandungan Nestum tu . Okay dalam tu ada oatmeal dengan macam serbuk putih tu *taktau apa nama* korang masukkan oatmeal je okay ? , kalau boleh elakkan masuk serbuk putih tu sebab nanti dia rasa macam kurang sedap sikit sebab macam bersusu . Tapi kalau nak masukkan pun okay je . Takdak masalah . Okay ?

4. Masukkan Air secukup rasa . Jangan lembik sangat . Biar pekat pekat je . 




Jangan lupa sapukan minyak sikit 


5. Masukkan dalam oven . 220 - 18 Minit . 

6. Hidangkan dengan buah yang yang korang suka . Lagi best kalau korang ada berries . Hiks . 

Boleh lah korang buat sebelum mandi tu , cara cara dia pun senang je kan ? Haaa lepas siap mandi pakai baju semua dah boleh sarapan . 

Banana Oatmeal ni memang macam lembik2 sikit tapi sedap je . Sue suka . Adik Sue lagilah suka . 

Byebye :) 







Resepi : Kimbab


Ihsan gambar dari google

Assalamualaikum & Hi !

Sebenarnya adik yang sibuk sangat suruh aku buat Kimbab ni sebabnya dia terpengaruh dengan Running Man dan segala cerita korea yang dia tengok . So , aku pun google la sikit resepi dia and yes semalam dengan rasminya siaplah 4 gulung kimbab . 

Bahan bahan : 



1. Beras short grain (Sumo )
2. Minyak Bijan 
3. Seaweed , beli kat mydin je . 10 keping , rm 7 lebih , tak ingat berapa sen dia haha 
4. Telur 2 biji 
5. Timun 
6. Isi ketam yang merah putih tu 
7. Sosej 
8. Minyak masak & garam 
9. Bamboo mat tapi aku takde so guna lapik pinggan je . 
10.Carrot * tak letak 


Cara cara penyediaan :

Mula mula korang basuh dulu beras tu macam biasa , macam nak tanak nasi tu la . Aku masak dalam 1 cup je sebab dah tahu 2 beradik je akan makan . Untuk sukatan air , guna kekdah 1:2 . Memandangkan aku guna 1 cup beras , so air 2 cup . Okay ? 

Next , masa tunggu beras masak korang bolehlah potong timun tu . Makesure buang yang lembik tengah tengah tu . Timun tu potong memanjang tau . Lepastu  kalau korang nak letak carrot buat sama juga dengan timun , sebelum tu buang dulu kulit carrot tu . 

Lepastu bolehlah goreng telur dadar . Jangan lupa letak garam sikit , bagi ada rasa . Lepas dah siap goreng , tunggu telur sejuk sikit lepastu baru potong memanjang macam timun tadi . Sama juga dengan Sosej dan isi ketam tu , goreng . Kalau nak rebus pun boleh je tapi aku tak suka sosej rebus . Sosej dengan ketam tu pun potong memanjang . Untuk sosej & isi ketam aku belah dua . 

Bila beras dah masak , korang sejukkan dalam 10 minit camtu . Dalam masa yang sama , letak sikit minyak bijan dan garam untuk perasa nasi tu . Minyak bijan jangan banyak sangat . Dalam 5/6 titik macam tu lah . Garam ikut cita rasa dan ikut sukatan beras koranglah . Aku letak dalam suku sudu kecil je . 




Kan dah cakap , takde bamboo matt pun bolehje buat . Korang spread nasi tu dan tinggal dalam 2 petak bahagian bawah tu . Letak bahan yang korang nak atas tu , lepastu gulungkan dia . Masa gulung tu , tekan tekan sikit. Bila dah siap , curah dalam 2 titik minyak bijan atas tangan then sapu pada gulungan tu bagi shine shine sikit . ewahh . 
Bila dah siap gulung , bolehlah potong . Masa potong tu makesure ada tisu basah sebelah korang . Lepas potong dua ketul , lap pisau tu ,pastu baru sambung potong balik . 
Aku punya tu kedudukan teruk betul hahaha first try kot .

Adios ~ 


*Update : second try hiks