Resepi : Spaghetti Carbonara


Ihsan Google :')


Assalamualaikum semuaaaa ! * suara excited . Alhamdulillah setelah beberapa tahun tinggalkan dunia berblogging akhirnya kakak telah kembali dengan naifnya bila tengok theme & coding semua . Dulu kemain pandai berblogskins bagai sekarang ha hamik . Nazak dah hahaha . Okay , kakak akan mulakan post pertama dengan resepi yang mudah semudah mencintai mu . Ha okok sori sori .




Bahan bahan :


  • spaghetti ( tak kesahlah dik jenama apa pun )
  • Prego Mushroom Carbonara 
  • Susu full cream 
  • 4 ulas bawang putih potong halus halus
  • 1 biji bawang holland potong dadu 
  • Oregano*
  • Daging/ayam/udang/sotong*
  • Cendawan butang/sosej*
Cara cara : 

1) Rebus spaghetti dan tambah sedikit garam & minyak masak 
2) Panaskan sedikit minyak dan mula tumiskan bawang putih 
3) masukkan daging/ayam/udang/sotong , ikut sukahati korang la tapi kalau taknak letak pun takpe incase nak save ke apa kan ? Selalunya kakak masak tak letak pape pun sebab pemalas mashaAllah hahaha .
4) Masukkan sos prego mushroom carbonara dan 1 1/2 cawan susu full cream . Kacau sehingga sebati kemudian masukkan garam secukup rasa .
5) Masukkan cendawan butang dan sosej dan bawang holland. Oh ya selalunya sosej ni kakak rebus dulu sebab biasalah pemalas kan . Keje nak mudah je . Okay dan dah siap sosnya !! yeay * tepuk tangan.
6) Tos kan spaghetti korang tadi .
7) Maka korang satukanlah spaghetti dan sos carbonara tadi . Jangan diduakan . sakit . 
8) Last but not least kakak akan taburkan oregano tapi kalau taknak pun takpe . Ikut pilihan hati masing masing . Ha gitewww

Mudah kan ? kakak selalu masak ni time bermalas malasan nak masak lauk . Sebabtu stok spaghetti , full cream & sos prego carbonara selalu ada kat rumah . 

Sekian sahaja , terima kasih ! Selamat menjamu selera !!


Resepi : Murtabak Maggi


Talk talk talk || NS Yoon-G ðŸŽ§



Assalamualaikum & Hi !

Sebenarnya en dah lama dah buat murtabak megi ni tapi baru harini nak tepek dekat belog sebab kemalasan yang menggunung tinggi . Hiks . Malas lah nak cerita panjang panjang -.- Jom mula! *kenyitmata*

Bahan bahan :

1.Maggi *sue guna 2 paket
2.Telur *3 biji
3.Daging cincang / ayam *taknakpuntakpe
4.Bawang merah satu ulas


Cara cara :

1. Rebus dulu Maggi tu bagi dia lembut lepastu tos dan letak di tepi ya

2. Rebus dulu daging / ayam

3. Pecahkan tiga biji telur dalam satu mangkuk besar sikit . Okay macam ni , kalau korang guna 1 paket Maggi , 2 biji telur pun dah cukup tau . Sue guna 2 paket Maggi , so Sue guna 3 biji telur

4. Kepuk dulu telur tu sikit lepastu baru masukkan bawang yang korang mayang dan daging/ayam yang korang rebus tadi tu . Lepastu masukkan dalam 2 sudu besar stok ayam/daging yang korang rebus tadi tu . Kalau korang tak guna ayam/daging , tak payah letak la stok ayam/daging . Takyah guna kiub kiub bagai tu *kenyitmata*

5.Masukkan megi yang korang rebus tadi tu dalam bekas telur dan gaul sekata . Okay ?

(masani lupa nak kepuk dulu telur ahahaha)


6. Panaskan kuali . Kalau boleh la eh guna kuali yang tak melekat tu tau *lupa apa nama dia* yang leper tu jadi senang terbentuk . Oh ya jangan lupa letak minyak sikit .

7. Masukkan Megi korang tadi dalam kuali korang . Kalau boleh jangan masukkan semua sekali sebab nanti susah masa nak balikkan dia . Kalau guna 2 paket Maggi , bahagikan kepada 3 bahagian . Kalau guna 1 paket je , bahagikan kepada dua bahagian je . Faham ?


8. Bila bahagian bawah dah agak agak garing tu , korang balikkanlah . Bila dua dua belah dah agak garing , angkatlah . Takyah duk balikkan sampai 5/6 kali . Kang hancur >.< .

9. Tunggu Murtabak megi tu sejuk sikit lepastu baru potong petak -petak . Okay ?



 

(Ihsan google)